Berikut keputusan Liga Perdana Inggeris yang berlangsung sebentar tadi.
Berikut keputusan Liga Perdana Inggeris yang berlangsung sebentar tadi. Crystal Palace 0 - Chelsea 1 (Costa 43) Middlesbrough 3 (Negredo 18, 29-pen, De Roon 58) - Swansea 0 Stoke 2 (Bojan 39-pen, Allen 45+3) - Leicester 2 (Ulloa 74, Amartey 88) Sunderland 1 (Van Aanholt 49) - Watford 0 West Ham 1 (Noble 76-pen) - Hull 0Pep Guardiola telah mengesahkan yang Manchester City akan turun menghadapi Arsenal di Stadium Etihad Ahad ini tanpa lima pemain.Fernandinho dan Sergio Aguero masih menjalani baki penggantungan perlawanan mereka selepas kedua-duanya dikenakan kad merah semasa menentang Chelsea awal bulan ini.Sementara itu Ilkay Gundogan, Vincent Kompany dan Fabian Delph kesemuanya cedera.Pemain tengah Jerman, Gundogan mengalami kecederaan lutut semasa
Guardiola masih menunggu keputusan imbasan dan pemeriksaan doktor sebelum dapat mengesahkan berapa lama kali ini Ilkay akan direhatkan namun tanda-tanda awal menunjukkan ia satu jangka masa yang lama.“Vincent, Fabian dan Ilkay kesemuanya cedera, kami merasa sedih buat Ilkay, kami akan merasa kehilangannya namun sudah takdir, kadang-kadang ia berlaku dalam bola sepak.
“Beliau sedih dan kami juga turut sedih, aksi pihak lawan adalah betul, ia hanyalah situasi yang tidak bernasib baik buatnya.Image result for gundogan celebrate v barcelonaPemain tengah berusia 26 tahun menyertai City pada Jun 2016 dari Borussia Dortmund dan hingga kini tampil sebanyak 16 kali dengan lima gol termasuk dua gol semasa kemenangan 4-0 ke atas West Brom dan 3-1 menentang Barcelona dan satu gol kemenangan 4-0 melawan Bournemouth.“Kami ketiadaan pemain tengah Ilkay dan Fernandinho, pemain lain akan mengisi posisi tersebut dan mereka akan cuba membiasakan diri secepat mungkin.”Dengan Gundogan terkeluar, Yaya Toure nampaknya akan mengisi posisi tengah menentang pasukan kendalian Arsene Wenger nanti.
Toure begitu cemerlang semasa menentang Watford dengan permainan dominasi dan Guardiola mengakui kualiti pemain asal Ivory Coast itu tidak pernah disangsikannya.“Anda sendiri tahu mengapa beliau tidak diturunkan di bahagian pertama musim ini, namun kini beliau bermain seperti sediakala, sebagaimana saya bekerja bersamanya di Barcelona."Bila keadaan fizikal Yaya bagus dia boleh lakukan apa sahaja, sejak dia kembali bersama skuad 3 perlawanan kami menang bersamanya.
“Tiada ragu-ragu tentang kualiti yang ada padanya, kami ada Yaya, Fernando, juga Aleix Garcia, Kevin de Bruyne yang juga boleh bermain di posisi tersebut, Fernandinho selepas dua permainan lagi akan kembali semula.”Menyentuh pertemuan dengan the Gunners, Pep mengatakan rasa hormat pada rakan sejawatnya, Wenger serta kualiti Arsenal yang kini hanya satu mata di hadapan City di tangga ketiga selepas tewas 2-1 kepada Everton di Goodison Park.“Saya amat menghormati karier Arsene Wenger, cara beliau membimbing pasukannya bermain dan para pemain yang berkualiti yang mereka beli.“Mereka ada ramai pemain berkualiti dan berbakat, mereka bermain laju dan bertahan dengan bagus, Arsenal merupakan antara pasukan terbaik dalam serangan balas.“Kami perlu bermain dengan yang terbaik untuk kalahkan mereka nanti.”
*Perlawanan menentang Arsenal akan berlangsung di Stadium Etihad pada hari Sabtu, 18 Disember jam 4 petang waktu UK bersamaan pukul 12 tengah malam waktu tempatan Malaysia.